www.murai.com.my : Bunga Citra Lestari Sudah Hamil?
Posted using ShareThis
Sunday, April 18, 2010
www.murai.com.my : Isteri Achik Tergamam Dengar Berita Kematian
Posted by arsanida at 11:24 PM 0 comments
Friday, April 16, 2010
aduh susahnyer...
tak sangka pulak nak tukar templates blog ni susah yang amat...dah dekat 10 kali ni cuba tapi tak jugak dapat2...macam mana ni???dah la jiran sebelah umah ni bising yang amat!!kita dok cuba nak tukar templates,dia pulak dok syok remm exzoss keta dia...kalau exzoss keta bunyi pelan takpa la,ni bunyi mcm nk runtuh umah aku niii....ish..sapa yang dapat bantu aku ni yer....bagi cantik ckit blog aku ni....
Posted by arsanida at 6:05 AM 1 comments
Thursday, April 15, 2010
sikap rakyat malaysia
salam...hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai sikap kita rakyat Malaysia apabila berkunjung ke Hospital @ Klinik Kesihatan Kerajaan . Kita boleh melihat betapa biadapnya sikap rakyat Malaysia terhadap para pekerja di Hospital @ Klinik Kesihatan..Kita hendaklah memahami bahawa setiap Hospital @ Klinik Kesihatan kerajaan telah cuba memberi kita perkhidmatan yang terbaik buat para pesakit..Sepatutnya kita sebagai pengguna hendaklah memastikan tempat yang betul untuk menerima rawatan..Jika kita mengalami sakit yang ringan seperti demam,selsema,pening kepala,batuk,etc kita sepatutnya menerima rawatan di Klinik Kesihatan(Jabatan Pesakit Luar) dan bukannya di Jabatan Kecemasan & Trauma..Jabatan Kecemasan adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan rawatan yang segera seperti keguguran,kemalangan,sakit jantung...Tapi ini tidak bermakna Jabatan Kecemasan tidak menerima kes-kes pesakit luar,tetapi apabila terdapat kes kecemasan,kes pesakit luar terpaksa menunggu..Apabila lewat menerima rawatan,kita hendaklah sabar menunggu giliran kita,bukannya hanya menyalahkan kakitangan kesihatan..Sepatutnya kita harus memahami pekerjaan mereka...Bukannya menyalahkan mereka...Kita rakyat Malaysia sangat beruntung daripada rakyat negara lain..Kita cuma perlu membayar Rm1 sahaja untuk mendapat rawatan dan ubatan.
Posted by arsanida at 6:37 AM 1 comments
Tuesday, April 13, 2010
kisah pembuangan bayi
kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di negara kita..saya selalu terfikir alangkah bertuahnya mereka yang mempunyai cahayamata..tak semua wanita di muka bumi ini bertuah..tak semua wanita dapat memiliki cahayamata walaupun telah berkahwin selama 10 tahun..sepatutnya kita menghargai anugerah dari ilahi..saya juga telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun tetapi belum dikurniakan cahayamata...setiapkali mendengar berita dari teman-teman yang akan menerima cahayamata,saya akan menjadi sedih...setiap kali ke rumah saudara-mara,soal cahayamata juga akan diajukan kepada saya..bilakah nak menimbang cahayamata?dan yang paling menyedihkan saya,saya dikatakan mandul...tetapi wanita yang sudah dikurniakan cahayamata,sanggup membuang bayinya di merata tempat...tidakkah anda semua merasa kasihan terhadap bayi anda sendiri?mereka tidak berdosa...jadi renungkanlah kembali agar kejadian pembuangan bayi tidak berlaku lagi di negara kita
Posted by arsanida at 5:13 AM 0 comments
teka-teki...
saya ada teka-teki buat para pembaca..sekiranya anda tahu jawapannya..sila la jawab ye...selamat mencuba.....
1) Dalam banyak-banyak duit,duit apa yang paling kita takut??
2) Kentut apa yang wangi dalam dunia ni??
Posted by arsanida at 2:13 AM 0 comments
skim cepat kaya...
salam...semakin pesat pembangunan negara, semakin banyak pulak skim cepat kaya...saya sendiri pernah terfikir ingin menyertai skim seumpama ini,tetapi saya tidak yakin untuk mencubanya kerana takut ditipu..yalah..saya sendiri bukan dari golongan yang berada,jadi sekiranya mencuba skim cepat kaya tetapi ditipu,kan kita juga yang akan kecewa..saya tidak kata yang semua skim cepat kaya tidak boleh dipercayai,tetapi kita hendaklah pandai memilih,agar tidak ditipu oleh sebarangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...
Posted by arsanida at 2:01 AM 0 comments