BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 15, 2010

sikap rakyat malaysia

salam...hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai sikap kita rakyat Malaysia apabila berkunjung ke Hospital @ Klinik Kesihatan Kerajaan . Kita boleh melihat betapa biadapnya sikap rakyat Malaysia terhadap para pekerja di Hospital @ Klinik Kesihatan..Kita hendaklah memahami bahawa setiap Hospital @ Klinik Kesihatan kerajaan telah cuba memberi kita perkhidmatan yang terbaik buat para pesakit..Sepatutnya kita sebagai pengguna hendaklah memastikan tempat yang betul untuk menerima rawatan..Jika kita mengalami sakit yang ringan seperti demam,selsema,pening kepala,batuk,etc kita sepatutnya menerima rawatan di Klinik Kesihatan(Jabatan Pesakit Luar) dan bukannya di Jabatan Kecemasan & Trauma..Jabatan Kecemasan adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan rawatan yang segera seperti keguguran,kemalangan,sakit jantung...Tapi ini tidak bermakna Jabatan Kecemasan tidak menerima kes-kes pesakit luar,tetapi apabila terdapat kes kecemasan,kes pesakit luar terpaksa menunggu..Apabila lewat menerima rawatan,kita hendaklah sabar menunggu giliran kita,bukannya hanya menyalahkan kakitangan kesihatan..Sepatutnya kita harus memahami pekerjaan mereka...Bukannya menyalahkan mereka...Kita rakyat Malaysia sangat beruntung daripada rakyat negara lain..Kita cuma perlu membayar Rm1 sahaja untuk mendapat rawatan dan ubatan.

1 comments:

Unknown said...

soory post kat sini. just nak bagi tau arsanida supaya cuba daftar gan pengiklan nuffnang. Nanti letak kat blog nie.. baru boleh generate income.